Penyampaian Sijil & Hadiah Pertandingan Perarakan Kontinjen Maulidur Rasul Peringkat Kebangsaan 1445H Bersamaan 2023M
![]() |
![]() |
![]() |
YBrs. En. Azunan Daud, Pengarah Audit Kewangan II mewakili JAN bagi Majlis Penyampaian Sijil & Hadiah Pertandingan Perarakan Kontinjen Maulidur Rasul Peringkat Kebangsaan 1445H Bersamaan 2023M yang diadakan di Dewan Jamuan Syura, Kompleks Islam Putrajaya.
Kontinjen JAN telah mendapat tempat kedua pertandingan perarakan bagi kategori Jabatan Perdana Menteri pada majlis sambutan Maulidur Rasul peringkat kebangsaan yang diadakan pada 28 September lepas.
Majlis penyampaian hadiah tersebut telah disempurnakan oleh YBhg. Datuk Hajah Hakimah Mohd Yusoff, Ketua Pengarah JAKIM.