Mesyuarat Penutup Pengauditan Penyata Kewangan Lembaga Hasil Dalam Negeri (LHDN) Malaysia Bagi Tahun Berakhir 31 Disember 2022
![]() |
![]() |
![]() |
![]() |
YBhg. Datuk Ketua Audit Negara telah mempengerusikan Mesyuarat Penutup Pengauditan Penyata Kewangan Lembaga Hasil Dalam Negeri (LHDN) Malaysia Bagi Tahun Berakhir 31 Disember 2022 di Menara Hasil, Cyberjaya pada pagi ini 13 Oktober 2023.
Turut hadir dalam mesyuarat berkenaan adalah Ketua Pengarah Eksekutif LHDN, YBhg. Dato’ Sri Dr. Mohd Nizom bin Sairi, Timbalan Ketua Audit Negara (Prestasi), YBrs. Pn. Hjh. Patimah Ramuji, Timbalan Ketua Pegawai Eksekutif (Pengurusan) LHDN, YBhg. Datuk Hisham Bin Rusli, dan Pengarah Audit Kewangan I, YBrs. Pn. Nor Azian Nordin.
Mesyuarat tersebut disusuli dengan Sesi Menandatangani Sijil Ketua Audit Negara Mengenai Penyata Kewangan Lembaga Hasil Dalam Negeri (LHDN) Malaysia Bagi Tahun Berakhir 31 Disember 2022.