faqhubungimaklumbalaspeta

logo audit

Highlight of Event

Ceramah Kesedaran Penyalahgunaan Dadah Bersama Agensi Antidadah Kebangsaan (AADK) Tahun 2023

 387826312 711143871057662 8254149977868824533 n  386099088 711144004390982 5762884765604332734 n 369247972 711144041057645 6021093977691677644 n 387780617 711144087724307 6539098096719844245 n

 

YBhg. Datuk Ketua Audit Negara (KAN) telah menghadiri program Ceramah Kesedaran Penyalahgunaan Dadah Bersama Agensi Antidadah Kebangsaan (AADK) Tahun 2023 anjuran Unit Integriti, Jabatan Audit Negara (JAN) pada 12 Oktober 2023 bertempat di Ibu Pejabat, JAN.

YBhg. Datuk KAN turut berkesempatan untuk membuat lawatan ke pameran yang disediakan oleh AADK sempena program tersebut.

Objektif program ini adalah untuk meningkatkan pengetahuan dan pemahaman warga JAN mengenai bahaya penyalahgunaan dadah dan kesannya kepada penjawat awam, jabatan dan perkhidmatan awam. Ceramah telah disampaikan oleh Encik Asmawi bin Abdul Rahman, Pegawai Antidadah, AADK Daerah Brickfields, Wilayah Persekutuan Kuala Lumpur dan dihadiri oleh warga JAN dari pelbagai jawatan dan gred. Ceramah ini juga disiarkan secara langsung (live streaming) melalui aplikasi Youtube rasmi JAN bagi memberi peluang kepada pegawai JAN Negeri dan Akademi Audit Negara untuk menyertainya.

  • Modified on: 12 Oct 2023
  • Print
  • 1416