Majlis Makan Malam Bersama YB Dato Murshid Diraja Dr Juanda Jaya, Timbalan Menteri Jabatan Premier Sarawak (Integriti dan Ombudsman)
YBhg. Datuk Ketua Audit Negara bersama delegasi Jabatan Audit Negara telah menghadiri majlis makan malam yang dihoskan oleh YB Dato Murshid Diraja Dr Juanda Jaya, Timbalan Menteri Jabatan Premier Sarawak (Integriti dan Ombudsman) sempena lawatan rasmi beliau ke negeri Sarawak di Kuching.
Majlis makan malam turut dihadiri oleh YBhg. Dato Sri Dr. Haji Wan Lizozman Wan Omar, Setiausaha Kewangan Negeri Sarawak, YBrs. Tuan Ahmad Nadzri Bin Mohd Hassan, Setiausaha Persekutuan Sarawak, YBrs. Tuan Haji Semawi Mohammad, Pengarah Unit Integriti Dan Ombudsman Sarawak (UNIONS), dan Pn. Toieyah Binti Haji Tioh, Pengarah Audit Dalam Jabatan Premier Sarawak.