faqhubungimaklumbalaspeta

logo audit

Highlight of Event

Sesi Perjumpaan dengan Warga Jabatan Audit Negara (JAN) Negeri Sarawak

 

 379493028 695104392661610 7024276384142591659 n  379458900 695105345994848 5459884644307045621 n  379515965 695105489328167 7417796252598496511 n

 

YBhg. Datuk Ketua Audit Negara (KAN) telah mengadakan Sesi Perjumpaan dengan Warga Jabatan Audit Negara (JAN) Negeri Sarawak pada petang Jumaat, 15 September 2023 di Bangunan Sultan Iskandar, Kuching. Turut hadir adalah YBrs. Pn. Hjh Patimah Ramuji, Timbalan Ketua Audit Negara (Prestasi), YBrs. Nadhirah Abdul Wahab, Pengarah Audit Pengurusan Syarikat Kerajaan I, En. Saiful Anuar Mohd Jaafar, Pengarah Bahagian Dasar dan Hubungan Antarabangsa dan pegawai JAN ibu pejabat.

Dalam ucapan beliau, YBhg. Datuk KAN menyatakan harapan beliau agar seluruh warga JAN akan terus memperkasakan peranan dan tugas Jabatan terutamanya di kalangan pegawai-pegawai generasi muda. JAN juga akan menganjurkan program libat urus yang melibatkan semua Pengarah Negeri dan Unit Audit Dalam bagi mendapatkan input dan maklum balas daripada semua pihak bagi tujuan penambahbaikan.

Majlis tersebut diakhiri dengan nyanyian semangat beramai-ramai lagu Jalur Gemilang sempena Sambutan Hari Malaysia Tahun 2023 yang akan disambut pada 16 September 2023.

  • Modified on: 16 Sep 2023
  • Print
  • 277