Mesyuarat Jawatankuasa Khas Kabinet Tata Kelola Nasional (JKKTN) Siri 1 Bilangan 1 Tahun 2023
YBhg. Datuk Wan Suraya Wan Mohd Radzi, Ketua Audit Negara (KAN) telah menghadiri Mesyuarat Jawatankuasa Khas Kabinet Tata Kelola Nasional (JKKTN) Siri 1 Bilangan 1 Tahun 2023 di Parlimen pada petang 14 September 2023.
Mesyuarat yang telah dipengerusikan oleh YAB Perdana Menteri ini adalah bagi membincangkan hala tuju negara berkaitan tata kelola, integriti dan antirasuah.