Persidangan Digital Sektor Awam (PDiSA) 2023
YBhg. Tan Sri Dato' Seri Mohd Zuki Ali, Ketua Setiausaha Negara telah merasmikan Persidangan Digital Sektor Awam (PDiSA) 2023 yang bertempat di PICC pada 13 September 2023 dengan tema Pendigitalan Perkhidmatan Awam: Nadi Kesejahteraan Negara.
Dalam ucapan beliau, Tan Sri KSN telah menekankan bahawa usaha pendigitalan Kerajaan merupakan agenda nasional pada masa kini dan menjadi keutamaan dalam mendepani senario masa hadapan.
Persidangan ini telah dihadiri oleh YBrs. Puan Hajah Patimah Ramuji, Timbalan Ketua Audit Negara (Prestasi), YBrs. Dr Alifah Aida Lope Abd. Rahman, Pengarah Bahagian Audit ICT dan Puan Siti Hasnah Abu Hasan Shaari, Timbalan Pengarah, Bahagian Teknologi Maklumat dan Komunikasi.