Penyampaian Surat Kenaikan Pangkat Dan Pemangkuan Kepada Juruaudit Pelbagai Gred
YBhg. Datuk Ketua Audit Negara (KAN) telah menyampaikan surat kenaikan pangkat dan pemangkuan kepada Juruaudit pelbagai gred yang melibatkan pegawai daripada Ibu Pejabat JAN dan Unit Audit Dalam di Ibu Pejabat JAN pada 13 September 2023.
Tahniah diucapkan kepada semua pegawai. Semoga sesi ini dapat memberi aspirasi kepada warga kerja JAN untuk mencurahkan khidmat bakti dengan penuh iltizam dan dedikasi dalam menjalankan tugasan pengauditan.