Penyerahan Sijil Ketua Audit Negara bagi Penyata Kewangan Majlis Agama Islam dan Adat Istiadat Melayu Negeri Perlis (MAIPs)
![]() |
![]() |
![]() |
![]() |
DYTM Tuanku Syed Faizuddin Putra Jamalullail, Raja Muda Perlis, Tuanku YDP MAIPs telah berkenan menerima Sembah Menghadap Hormat YBhg. Datuk Ketua Audit Negara dan persembahan Sijil Ketua Audit Negara bagi Penyata Kewangan Majlis Agama Islam dan Adat Istiadat Melayu Negeri Perlis (MAIPs) Bagi Tahun Berakhir 31 Disember 2022 pada hari ini di Galeri DiRaja, Istana Arau, Perlis pada 8 September 2023.
Turur hadir adalah S.S Profesor Dato’ Arif Perkasa Dr. Mohd Asri Zainul Abidin, Mufti Negeri Perlis, YB Dato' Yusran Shah Mohd Yusof, Setiausaha Kerajaan Negeri Perlis, YBrs. Pn. Norliza Md Nuruddin@Nordin, Pengarah Audit Kewangan JAN, Tuan Haji Mohd Nazim Haji Mohd Noor, Ketua Pengarah Eksekutif MAIPs dan En. Rabianto Sokam, Pengarah Audit Negeri Perlis.