Sesi Kajian Separuh Penggal, Rancangan Malaysia Kedua Belas (KSP RMKe-12) di Parlimen
YBhg. Datuk Wan Suraya Wan Mohd Radzi, Ketua Audit Negara (KAN) telah menghadiri sesi Kajian Separuh Penggal, Rancangan Malaysia Kedua Belas (KSP RMKe-12) di Parlimen pagi tadi, 11 September 2023.
Kajian Separuh Penggal, Rancangan Malaysia Kedua Belas (KSP RMKe-12) merupakan manifestasi Kerajaan dalam memacu pembangunan yang holistik berteraskan kepada tiga (3) fokus utama, iaitu memperkukuh kemampanan, membangun masyarakat sejahtera dan mencapai Negara berpendapatan tinggi.
JAN akan memainkan peranannya bagi memastikan pelaksanaan projek- projek terlibat dalam tempoh KSP RMKe-12 mencapai sasaran dan objektif yang ditetapkan termasuk dari aspek pengurusan kewangan. Pendekatan ini melalui pengauditan berterusan yang akan dilaporkan dalam Laporan KAN.