faqhubungimaklumbalaspeta

logo audit

Highlight of Event

Majlis Penyerahan Surat Kuasa Ketua Audit Negara kepada Firma-firma Audit Swasta (FAS)

 375200762 690311816474201 7940428204073344823 n  375172843 690311899807526 4475106544143466248 n    

 

Ketua Audit Negara, YBhg. Datuk Wan Suraya Wan Mohd Radzi telah menyempurnakan Majlis Penyerahan Surat Kuasa Ketua Audit Negara kepada Firma-firma Audit Swasta (FAS) pada hari ini, 7 September 2023.

Majlis yang julung kali diadakan ini juga menjadi platform bagi Ketua Audit Negara berinteraksi bersama Firma-firma Audit Swasta yang telah dilantik bagi tujuan melaksanakan kerja-kerja pengauditan Penyata Kewangan melibatkan 30 buah Agensi Persekutuan dan Negeri. 31 orang wakil daripada firma audit swasta dan 35 orang pegawai-pegawai JAN telah menghadiri majlis ini.

Ketua Audit Negara turut mengharapkan kerja-kerja pengauditan kelak dapat dilaksanakan dengan baik dan berintegriti.

Selain itu, beliau turut menyatakan hasrat supaya Juruaudit Jabatan Audit Negara mengambil peluang ini untuk bekerjasama secara erat dengan Firma-firma Audit Swasta yang telah dilantik ini dalam usaha meningkatkan kemahiran dan pengetahuan juruaudit sektor awam.

 375182471 690311976474185 3910534209627724199 n  375183340 690311959807520 6878051644057071962 n 375191118 690311996474183 6895831122158685697 n
  • Modified on: 08 Sep 2023
  • Print
  • 519