Kunjungan Hormat daripada Chairperson of The Audit Board of the Republic of Indonesia (BPK), H.E Dr. Isma Yatun
![]() |
![]() |
![]() |
![]() |
YBhg. Datuk Ketua Audit Negara telah menerima kunjungan hormat daripada Chairperson of The Audit Board of the Republic of Indonesia (BPK), H.E Dr. Isma Yatun bersama 10 orang delegasi BPK di Ibu Pejabat JAN pada pagi ini, 4 September 2023.
Kunjungan hormat turut disertai oleh YBhg. Datuk Nor Salwani, Timbalan Ketua Audit Negara (Kewangan), YBrs. Tuan Haji Roslan Abu Bakar, Timbalan Ketua Audit Negara (Syarikat), YBhg. Dato' Selamat Paigo, Ketua Pengarah JAWHAR dan Encik Jerimiah Oliver Jitos, Setiausaha Bahagian Kewangan, Kementerian Luar Negeri.
Kunjungan hormat ini adalah bersempena lawatan delegasi BPK ke JAN bagi berkongsi pengalaman dan pengetahuan (knowledge sharing) berkenaan amalan terbaik dalam mengaudit pengurusan haji yang digunakan oleh JAN dan BPK.
Semoga lawatan ini dapat memperkukuhkan lagi hubungan dua hala yang telah sedia terjalin di antara JAN dan BPK terutamanya dalam skop pangauditan yang melibatkan isu-isu serantau.