faqhubungimaklumbalaspeta

logo audit

Highlight of Event

Mesyuarat Kajian Semula Pelan Strategik 2021 – 2025 dan Mesyuarat Pemukiman Pengarah Audit Negeri (PAN)

 371086297 684399290398787 7108739863364397611 n  371103066 684399520398764 5866540312327223178 n  370375623 684400547065328 3328608122685968084 n 370566636 684400030398713 5159378701331648565 n

 

Jabatan Audit Negara menganjurkan Mesyuarat Kajian Semula Pelan Strategik 2021 – 2025 dan Mesyuarat Pemukiman Pengarah Audit Negeri (PAN) yang berlangsung bermula 26 – 29 Ogos 2023 di Batu Feringgi, Pulau Pinang.

Mesyuarat ini dihadiri oleh semua Pengarah dan Timbalan Pengarah Audit, Sektor Ibu Pejabat dan Jabatan Audit Negara diperingkat Negeri. Mesyuarat Kajian Semula Pelan Strategik 2021 – 2025 yang ini diadakan bagi menilai semula strategi yang telah dirangka dengan mengambil kira aspek cabaran dan keadaaan semasa agar kekal relevan dan dapat dicapai menjelang tahun 2025.

Mesyuarat Pemukiman Pengarah Audit Negari (PAN) yang diadakan secara serentak ini merupakan wadah platform yang dapat menyatukan Ketua Audit Negara, Timbalan Ketua Audit Negara, Pengarah Audit Negeri/Timbalan Pengarah Audit Negeri serta Penyelaras Laporan Ketua Audit Negara di peringkat Ibu Pejabat.

370243387 684400393732010 1521630957722823248 n

  • Modified on: 30 Aug 2023
  • Print
  • 483