faqhubungimaklumbalaspeta

logo audit

Highlight of Event

Kunjungan Hormat daripada Kelab Audit Wilayah Persekutuan (KAWIP)

369701575 681796730659043 1114376224876488446 n YBhg. Datuk Ketua Audit Negara (KAN) telah menerima kunjungan hormat daripada Kelab Audit Wilayah Persekutuan (KAWIP) pada 22 Ogos 2023.

Turut hadir dalam sesi kunjungan hormat tersebut adalah YBrs. Tuan Haji Azunan Daud, Yang Dipertua KAWIP, Encik Khairul Azrin Mod Rifat, Naib Yang Dipertua KAWIP, Encik Isam Ismail, Setiausaha Kehormat KAWIP, Puan Ruhana Mohamad Zam, Setiausaha Kehormat Majlis Sukan Jabatan Audit Negara (MASJAN) dan Pengerusi Biro KAWIP yang terlibat.

Kunjungan hormat tersebut disusuli dengan perbincangan mengenai perancangan aktiviti KAWIP untuk suku keempat tahun 2023, penyelarasan antara MASJAN, semua Kelab Sukan dan Rekreasi di bawah JAN serta gerak kerja penubuhan Persatuan Juruaudit yang akan ditubuhkan kelak. YBhg. Datuk KAN berharap warga JAN dapat mengimbangi antara kesibukan bekerja dengan aktiviti-aktiviti kelab seperti sukan, kerohanian, CSR dan lain-lain aktiviti riadah melalui KAWIP dan Kelab-Kelab Sukan di JAN Negeri. 369630465 681796797325703 1215663391921159940 n

  • Modified on: 23 Aug 2023
  • Print
  • 422