faqhubungimaklumbalaspeta

logo audit

Highlight of Event

Sesi Perjumpaan dengan Warga Jabatan Audit Negara Negeri Terengganu


368688288 680809440757772 8434530088935061167 n
   368679670 680802710758445 33462104786857129 n  368727537 680803504091699 8394042253157323625 n

 

YBhg. Datuk Ketua Audit Negara (KAN) telah mengadakan perjumpaan dengan warga Jabatan Audit Negara Negeri Terengganu (JAN Terengganu) di Wisma Audit Negeri Terengganu pada 20 Ogos 2023.

Turut hadir dalam sesi perjumpaan tersebut ialah YBhg Datuk Nor Salwani Muhammad, Timbalan Ketua Audit Negara (Kewangan) dan pegawai-pegawai dari ibu pejabat JAN.

Datuk KAN menyeru warga JAN Terengganu untuk menghayati semangat kemerdekaan dan bersama-sama menyemarakkan sambutan di peringkat negeri. Beliau juga menyatakan komitmen untuk menjaga kebajikan warga JAN dan menganjurkan aktiviti bagi penglibatan semua warga seperti sukan audit.

Seterusnya YBhg. Datuk KAN menyempurnakan gimik peluncuran sambutan Hari Kebangsaan Tahun 2023 peringkat JAN Terengganu dan simbolik penanaman pokok sempena sesi perjumpaan dengan warga JAN Terengganu.

  • Modified on: 21 Aug 2023
  • Print
  • 413