faqhubungimaklumbalaspeta

logo audit

Highlight of Event

Sesi Perjumpaan dengan Warga Kerja Jabatan Audit Negeri Melaka di Wisma Audit Negeri Melaka

 

 366283714 679585817546801 8744022010605350796 n  368239759 679586187546764 5229649626022172881 n  368412170 679586094213440 6653629163745254976 n  366329309 679586237546759 2544998741286332677 n

 

YBhg. Datuk Wan Suraya Wan Mohd Radzi, Ketua Audit Negara (KAN) telah mengadakan perjumpaan dengan warga kerja Jabatan Audit Negeri Melaka di Wisma Audit Negeri Melaka pada 17 Ogos 2023. Turut hadir dalam sesi perjumpaan tersebut ialah YBhg Datuk Nor Salwani Muhammad, Timbalan Ketua Audit Negara (Kewangan) dan Pegawai-pegawai dari Ibu Pejabat JAN.

Datuk KAN melahirkan aspirasi beliau untuk memperkukuhkan hubungan antara Pegawai Audit di Ibu Pejabat, Negeri dan juga Unit Audit Dalam di Agensi melalui penglibatan program-program anjuran JAN seperti aktiviti sukan dan kursus dalaman.

Seterusnya YBhg. Datuk KAN telah menanam Pokok Melaka di perkarangan Wisma Audit Negeri Melaka sebagai simbolik kehadiran beliau ke JAN Melaka.

  • Modified on: 18 Aug 2023
  • Print
  • 426