Perjumpaan Dengan Warga Kerja Jabatan Audit Negeri Selangor di Wisma Audit Negeri Selangor
![]() |
![]() |
![]() |
![]() |
Perjumpaan Ketua Audit Negara Bersama Warga Jabatan Audit Negara, Negeri Selangor.
YBhg. Datuk Wan Suraya Wan Mohd Radzi, Ketua Audit Negara (KAN) telah mengadakan perjumpaan dengan warga kerja Jabatan Audit Negeri Selangor di Wisma Audit Negeri Selangor pada 15 Ogos 2023.
Turut hadir ialah YBhg Datuk Nor Salwani Muhammad, Timbalan Ketua Audit Negara (Kewangan) turut serta dalam sesi perjumpaan tersebut.
Datuk KAN dalam amanat beliau menyarankan warga kerja JAN Selangor untuk saling memahami dan mengambil tahu kepelbagaian bidang dalam tugasan pengauditan. Beliau juga menggalakkan semua pegawai audit merebut peluang dan ruang untuk menambahbaik ilmu dan kemahiran yang ada dengan menghadiri kursus-kursus yang bersesuaian, termasuk yang dianjurkan oleh Akademi Audit Negara.
Seterusnya YBhg. Datuk KAN telah meluncurkan sambutan Bulan Kemerdekaan Peringkat JAN Selangor bersama-sama warga kerja yang lain.