faqhubungimaklumbalaspeta

logo audit

Highlight of Event

Perasmian Bengkel Spesifikasi Keperluan Business (BRS) bagi Pembangunan Audit Data Warehouse -Analytics Application and Audit Dashboard

366974806 677913464380703 1549042371368155759 n 

YBhg. Datuk Ketua Audit Negara telah merasmikan Bengkel Spesifikasi Keperluan Business (BRS) bagi Pembangunan Audit Data Warehouse -Analytics Application and Audit Dashboard pada 14 Ogos 2023 di Taiping, Perak. Ini merupakan sebahagian daripada projek digitalisasi baharu Jabatan Audit Negara (JAN) iaitu Projek Pendigitalan Perkhidmatan Jabatan Audit Negara atau singkatannya PPJ.

Projek ini merupakan usaha JAN bagi menghasilkan pengauditan yang holistik dan mampan. Ianya juga selaras dengan konteks kerangka Ekonomi Madani ke arah memanfaatkan sepenuhnya agenda pendigitalan ke tahap tertinggi.

Turut hadir ke majlis perasmian ini ialah. YBrs. Puan Patimah Ramuji, Timbalan Ketua Audit Negara (Prestasi), YBrs. Dr. Alifah Aida Lope Abdul Rahman, Pengarah Bahagian Audit ICT dan para peserta Bengkel yang terdiri daripada pegawai Jabatan Audit Negara.

367493389 677913571047359 4736067175692720973 n

  • Modified on: 15 Aug 2023
  • Print
  • 446