Taklimat Pra-Sidang Penyata Kewangan Kerajaan Negeri Melaka Tahun 2022
Datuk Ketua Audit Negara telah mempengerusikan Taklimat Pra-Sidang Penyata Kewangan Kerajaan Negeri Melaka Tahun 2022 yang diadakan secara dalam talian di Wisma JAN Perak.
Sesi taklimat ini telah disampaikan oleh Pengarah Audit Negeri (PAN) Melaka, Puan Mahiran Abdul Aziz. Turut hadir pada sesi taklimat tersebut ialah YBhg Datuk Nor Salwani Muhammad, Timbalan Ketua Audit Negara (Kewangan) dan Puan Sharifah Zarina Syed Ahmad, Pengarah Bahagian Penyelarasan dan Kolaborasi Strategik.