Mesyuarat Penutup Pengauditan Penyata Kewangan Kerajaan Negeri Pahang Bagi Tahun Berakhir 31 Disember 2022
![]() |
![]() |
![]() |
![]() |
YBhg. Datuk Wan Suraya Wan Mohd Radzi, Ketua Audit Negara telah mempengerusikan Mesyuarat Penutup Pengauditan Penyata Kewangan Kerajaan Negeri Pahang Bagi Tahun Berakhir 31 Disember 2022 seterusnya Sesi Menandatangani Sijil Ketua Audit Negara Mengenai Penyata Kewangan Kerajaan Negeri Pahang Bagi Tahun Berakhir 31 Disember 2022.
Mesyuarat ini turut disertai oleh YB Dato’ Sri Haji Zulkifli Bin Yaacob, Setiausaha Kerajaan Negeri Pahang, YB Dato’ Indera Nazri Bin Abu Bakar, Pegawai Kewangan Negeri Pahang, YBhg. Datuk Nor Salwani binti Haji Muhammad, Timbalan Ketua Audit Negara (Kewangan), YH Dato’ Ali Syahbana bin Sabaruddin, Timbalan Setiausaha Kerajaan Negeri Pahang (Pembangunan) dan YBrs. Dr. Sayed Alwee Hussnie Sayed Hussin, Pengarah Audit Negeri Pahang.