faqhubungimaklumbalaspeta

logo audit

Highlight of Event

Perasmian NATIONAL INTEGRITY FORUM 2023

 362265806 670056108499772 9025249833820477458 n  364728448 670038508501532 5604832235741885830 n  363418042 670038545168195 6764600565827725994 n

 

Ketua Audit Negara, YBhg. Datuk Wan Suraya Wan Mohd Radzi telah merasmikan NATIONAL INTEGRITY FORUM 2023 bertajuk “Leading Governance with Integrity” pada 31 Julai 2023 di Kuala Lumpur.

Forum ini adalah anjuran bersama Institut Integriti Malaysia (IIM) dengan kerjasama Malaysian Alliance of Corporate Directors (MACD). Hadir sama adalah Presiden MACD, Adj. Prof. Paul W Chan dan Ahli Lembaga Pengarah IIM, YBhg. Dato’ Yeow Wah Chin.

Timbalan Ketua Audit Negara (Syarikat), YBrs. Tuan Haji Roslan Abu Bakar turut terlibat sebagai ahli panel bagi sesi kedua bertajuk ‘Business Integrity Risks & Compliance: Ethical Dilemmas in Corporate Boards’.

Dalam ucapan perasmian beliau, Ketua Audit Negara mengingatkan bahawa walaupun tadbir urus korporat adalah tanggungjawab utama lembaga pengarah dan pengurusan sesebuah organisasi, peranan juruaudit juga adalah penting dalam memastikan tadbir urus korporat yang baik melalui pengauditan yang dibuat bagi memastikan organisasi mencapai objektifnya.

Pada tahun ini, Jabatan Audit Negara (JAN) telah memperkenalkan Audit Penilaian Kendiri terhadap State Own Enterprise (SOE) bagi menilai aspek tadbir urus korporat dan kewangan syarikat. Projek rintis yang diperkenalkan ini bukan sahaja dapat membantu Jabatan Audit Negara dalam menilai keupayaan syarikat, malah pada masa yang sama juga akan memberi pendedahan kepada SOE tempatan mengenai aspek tadbir urus korporat yang baik dan keupayaan kewangan yang kukuh.

 

  • Modified on: 31 Jul 2023
  • Print
  • 735