Mesyuarat Prasidang Penyata Kewangan Kerajaan Negeri Perak Tahun 2022
![]() |
![]() |
YBhg. Datuk Ketua Audit Negara telah mempengerusikan Mesyuarat Prasidang Penyata Kewangan Kerajaan Negeri Perak Tahun 2022 yang diadakan di Bilik Persidangan Seri Mustika, Wisma Audit Perak pada 29 Julai 2023 (Sabtu).
Hadir sama, Timbalan Ketua Audit Negara (Kewangan), YBhg Datuk Nor Salwani Muhammad, Pengarah Audit Negeri Perak, Puan Selwah Said, Pengarah Audit Kewangan, Encik Azunan Daud dan pasukan Jabatan Audit Negeri Perak yang menjalankan pengauditan penyata kewangan kerajaan negeri.
Mesyuarat bertujuan memberi taklimat kepada YBhg. Datuk KAN mengenai kedudukan penyata kewangan kerajaan Negeri Perak bagi tahun 2022.