Kunjungan Hormat kepada YB Dato' Yusran Shah Bin Mohd Yusof, Setiausaha Kerajaan Negeri Perlis
![]() |
![]() |
![]() |
![]() |
YBhg. Datuk Wan Suraya Wan Mohd Radzi, Ketua Audit Negara telah membuat kunjungan hormat kepada YB Dato' Yusran Shah Bin Mohd Yusof, Setiausaha Kerajaan Negeri Perlis di Kompleks Dewan Undangan Negeri (DUN) pada 28 Julai 2023.
Kunjungan hormat ini turut disertai oleh YB Tuan Haji Zepri Saad, Pegawai Kewangan Negeri Perlis, YBhg Datuk Nor Salwani Muhammad, Timbalan Ketua Audit Negara (Kewangan), En. Ahmad Irwan Baharuddin, Bendahari Negeri Perlis dan En. Rabianto Sokam, Pengarah Audit Negeri Perlis.
Kunjungan hormat tersebut disusuli dengan Mesyuarat Penutup Pengauditan Pengesahan Penyata Kewangan Kerajaan Negeri Perlis Tahun 2022 dan seterusnya Sesi Menandatangani Sijil Ketua Audit Negara Mengenai Penyata Kewangan Kerajaan Negeri Perlis Bagi Tahun Berakhir 31 Disember 2022.