Lawatan Ke Syarikat Aerodyne di Cyberjaya
![]() |
![]() |
![]() |
Delegasi Jabatan Audit Negara (JAN) yang diketuai oleh YBrs. Tuan Haji Roslan bin Abu Bakar, Timbalan Ketua Audit Negara (Syarikat Kerajaan) telah mengadakan lawatan ke Syarikat Aerodyne di Cyberjaya pada 26 Julai 2023.
Lawatan bertujuan untuk mendapatkan penerangan berhubung penggunaan teknologi dron dalam meningkatkan kualiti pengauditan. Taklimat disampaikan oleh Pengasas dan Ketua Pegawai Eksekutif Kumpulan Aerodyne, Encik Kamarul A Muhamed. Aerodyne merupakan syarikat peneraju perkhidmatan dron (berkedudukan nombor satu pada tahun 2021 dan 2022) berdasarkan DT3 iaitu teknologi dron, teknologi data & transformasi digital.