faqhubungimaklumbalaspeta

logo audit

Highlight of Event

Mesyuarat Pemurnian Garis Panduan Pengauditan Pengurusan Syarikat Kerajaan 2023

 SAS A  SAS B  SAS C

YBhg. Datuk Ketua Audit Negara telah merasmikan Mesyuarat Pemurnian Garis Panduan Pengauditan Pengurusan Syarikat Kerajaan 2023 pada 20 Julai 2023. Mesyuarat bertujuan untuk membincangkan dan menyemak draf garis panduan sedia ada bagi tujuan pengharmonian prosedur pengauditan syarikat kerajaan. Turut hadir, YBrs. Tn. Hj. Roslan Abu Bakar, Timbalan Ketua Audit Negara (Syarikat) dan Pn. Nadhirah Hj. Abdul Wahab (Pengarah Bahagian Audit Pengurusan Syarikat Kerajaan I).

Dalam ucapan perasmian beliau, YBhg. Datuk KAN telah menyatakan harapan agar JAN dapat menetapkan satu garis panduan baharu yang boleh dijadikan nilai tambah (add value) kepada syarikat-syarikat kerajaan dan pemegang taruh.

Dalam majlis tersebut juga, YBrs. Dr. Yati Md. Lasa (Timbalan Pengarah Audit, Sektor Audit Pengurusan Syarikat Kerajaan) telah membuat pembentangan ringkas mengenai latar belakang, asas semakan dan penambahbaikan Garis Panduan Pengauditan Pengurusan Syarikat Kerajaan yang akan diluncurkan pada bulan November 2023 kelak.

 SAS D  SAS E  SAS F
  • Modified on: 21 Jul 2023
  • Print
  • 581