|
|
|
|
YBhg. Datuk Ketua Audit Negara hari ini telah menghadiri Majlis Pelancaran Bulan Kebangsaan & Kibar Jalur Gemilang Tahun 2023 bertemakan "Malaysia MADANI: Tekad Perpaduan Penuhi Harapan" yang dirasmikan oleh YAB Timbalan Perdana Menteri (TPM), Datuk Seri Fadillah Yusof mewakili Perdana Menteri Datuk Seri Anwar Ibrahim di Bulatan Sultan Azlan Shah di Ipoh, Perak.
Majlis tersebut dimulakan dengan Program 6,600 Langkah Perpaduan yang disertai oleh warga Ipoh dan kawasan sekitar. YAB TPM telah menyeru supaya seluruh rakyat Malaysia bersama-sama menyemarakkan semangat kemerdekaan dan patriotik dalam jati diri selain memantapkan lagi perpaduan di kalangan rakyat. Beliau turut menggesa supaya Jalur Gemilang dikibarkan dengan megah dan bangga sempena sambutan hari kemerdekaan pada tahun ini.