faqhubungimaklumbalaspeta

logo audit

Highlight of Event

  DSC0038  DSC0053 
 DSC0068
 DSC0077 
 
YBhg. Datuk Ketua Audit Negara (KAN) telah meluangkan masa bersama warga Bahagian Dasar & Hubungan Antarabangsa (BDA) dan Unit Khidmat Nasihat Undang-Undang (UKNUU) di Ibu Pejabat Jabatan Audit Negara (JAN) pada 12 Julai 2023.
Dalam perjumpaan ini, YBhg. Datuk KAN telah memberikan aspirasi untuk memantapkan dasar JAN dan Akta Audit 1957 melalui pendekatan secara praktikal yang disusuli dengan penggubalan undang-undang bagi menyediakan landasan yang kukuh kepada juruaudit untuk melaksanakan pengauditan secara bebas dan telus. Selain itu, YBhg. Datuk KAN turut menyarankan agar pemerkasaan JAN di peringkat antarabangsa turut diutamakan sebagai salah satu hala tuju JAN.
Diharap sesi perjumpaan ini dapat menyuntik semangat warga BDA dan UKNUU dalam memartabatkan mutu dan kualiti pengauditan sektor awam di peringkat nasional dan antarabangsa.
  • Modified on: 14 Jul 2023
  • Print
  • 543