Jabatan Audit Negara telah mengadakan Majlis Perjumpaan Ketua Audit Negara (KAN) Bersama Warga Jabatan Audit Negara (JAN) bagi bulan Julai Tahun 2023 pada 11 Julai 2023 bertempat di Dewan Damar Sari 3, Blok F8 Kompleks F.
Beliau telah menyampaikan amanat kepada seramai 240 orang warga JAN yang telah hadir secara fizikal dan lebih 800 orang warga JAN yang turut menyertai majlis secara atas talian melalui aplikasi live streaming Google Meet. YBhg. Datuk KAN telah menyeru agar semua warga JAN untuk menghayati kerangka Malaysia MADANI dalam konteks pengauditan dan bersama-sama bekerja dalam satu pasukan.