![]() |
![]() |
YBhg. Datuk Ketua Audit Negara (KAN) telah meluangkan masa mengadakan Perjumpaan bersama Warga Sektor Audit Pengurusan Syarikat Kerajaan (SAS) di Ibu Pejabat Jabatan Audit Negara (JAN) pada 7 Julai 2023. Perjumpaan tersebut turut dihadiri Timbalan Ketua Audit Negara (Syarikat), YBrs. Tuan Haji Roslan Abu Bakar dan Pengarah serta Timbalan Pengarah daripada SAS.
Dalam perjumpaan tersebut, YBhg. Datuk telah memberikan aspirasi beliau agar warga SAS membuktikan kewibawaan Juruadit dari JAN kepada pihak luar terutama dengan organisasi korporat.
Semoga dengan sesi perjumpaan ini dapat menyuntik semangat kepada warga SAS dalam memastikan imej perkidmatan juruaudit terus cemerlang.