Majlis Amanat Perdana Perkhidmatan Awam ke-19 (MAPPA XIX) 2024
![]() |
![]() |
![]() |
![]() |
Delegasi Jabatan Audit Negara (JAN) diketuai YBhg. Datuk Wan Suraya Wan Mohd Radzi, Ketua Audit Negara telah hadir ke Majlis Amanat Perdana Perkhidmatan Awam ke-19 (MAPPA XIX) 2024 pada 16 Ogos 2024 yang bertemakan "Perkhidmatan Awam MADANI" di Pusat Konvensyen Antarabangsa Putrajaya (PICC).
Dalam ucapan beliau, YAB Dato’ Seri Anwar bin Ibrahim, Perdana Menteri, telah mengumumkan berkenaan Sistem Saraan Perkhidmatan Awam (SSPA) bagi menggantikan Sistem Saraan Malaysia (SSM) yang akan berkuatkuasa 1 Disember 2024.
Komitmen YAB Perdana Menteri terhadap penekanan kepada prinsip integriti dan tadbir urus yang baik dalam pelaksanaan SSPA mengukuhkan lagi tekad warga Jabatan Audit Negara untuk memastikan kelangsungan perkhidmatan awam yang lebih efisien dan telus seterusnya memenuhi aspirasi MADANI.