A- A A+
A A A      

faqhubungimaklumbalaspeta

logo audit

Assalamualaikum WBT. dan Salam Sejahtera,

Tuan/Puan,

URUSAN PERTIMBANGAN PEMANGKUAN JURUAUDIT GRED W41 KE JURUAUDIT GRED W44 DI JABATAN AUDIT NEGARA

Dengan segala hormatnya perkara di atas adalah dirujuk.

2.     Sukacita dimaklumkan bahawa Jabatan ini akan mengadakan urusan pemangkuan bagi jawatan seperti yang dinyatakan di atas. Sehubungan dengan itu, bersama-sama ini dikemukakan iklan tersebut untuk makluman dan perhatian tuan/ puan jua.

Senarai Lampiran
IKLAN JURUAUDIT GRED W41 KE W44 Muat Turun
1. Lampiran A - Borang Pemangkuan P&P Muat Turun
2. Lampiran B - Perakuan Ketua Jabatan - Pemangkuan P&P Muat Turun
3. Lampiran C - Pinjaman Pendidikan P&P dan Pelaksana Muat Turun
4. Lampiran D - Borang Tapisan Keutuhan Muat Turun
5. Senarai Semak Urusan Pemangkuan (P&P) Muat Turun

3.     Dokumen yang telah lengkap diisi hendaklah dikemukakan kepada Jabatan ini selewat-lewatnya pada 15 Mac 2024 (Jumaat) ke alamat:

Timbalan Pengarah
Bahagian Pengurusan Sumber Manusia
Seksyen Pengurusan Prestasi
Aras 4, Blok F3, Kompleks F
Lebuh Perdana Timur, Presint 1
Pusat Pentadbiran Kerajaan Persekutuan
62000 PUTRAJAYA
(u.p: Puan Aznida binti Abd. Raghni)

4.     Sebarang pertanyaan berhubung urusan ini bolehlah diajukan kepada pegawai-pegawai berikut:

    1. Puan Dhiya Husni binti Husin - 03-8091 1822
    2. Puan Reka a/p Subramaniam - 03-8091 1827
    3. Cik Nurul Anis Afiqah binti Zainuddin - 03-8091 1832

 

Sekian, terima kasih.

Bahagian Pengurusan Sumber Manusia
Sektor Pengurusan
Jabatan Audit Negara

  • Dikemaskini pada: 07 Mar 2024
  • Cetak
  • 438