Sesi Penyerahan Perakuan Dan Pandangan Ketua Audit Negara Mengenai Pengauditan Majlis Agama Islam Wilayah Persekutuan (MAIWP)
Melalui Sistem e-SelfAudit Bagi Tahun 2025
![]() |
![]() |
![]() |
![]() |
YBhg. Dato’ Seri Wan Suraya Wan Mohd Radzi, Ketua Audit Negara (KAN) telah menyerahkan Perakuan Dan Pandangan Ketua Audit Negara Mengenai Pengauditan Syarikat Melalui Sistem e-Selfaudit Bagi Tahun 2025 kepada enam (6) syarikat subsidiari di bawah MAIWP iaitu Hartasuci Sdn. Bhd., Hospital PUSRAWI Sdn. Bhd., Institut Profesional Baitulmal Sdn. Bhd., Kolej Sains Perubatan Antarabangsa Pusrawi Sdn. Bhd., MAIWP Healthcare Sdn. Bhd. dan Yayasan Taqwa Wilayah Persekutuan.
Pelaksanaan pengauditan e-SelfAudit yang diperkenalkan oleh Jabatan Audit Negara awal tahun 2025 ini berperanan mewujudkan pembudayaan audit yang lebih kukuh dalam pengurusan kewangan Syarikat Kerajaan. Pengauditan ini melibatkan 850 syarikat Kerajaan Persekutuan daripada 1,856 badan lain termasuk syarikat yang diwartakan seluruh Malaysia.
MAIWP diwakili oleh YBhg. Datuk Mohd Nizam bin Haji Yahya, Ketua Pegawai Eksekutif MAIWP, YBhg. Datuk Haji Abdul Hakim Amir bin Osman, Ketua Pegawai Eksekutif Hartasuci Sdn. Bhd., YBrs. Puan Farahiyah binti Badri, Ketua Pegawai Eksekutif Kumpulan PUSRAWI Heritage Sdn. Bhd., YBhg. Dato' Prof. Dr. Noor Inayah binti Ya'akub, Ketua Pegawai Eksekutif Kolej Sains Perubatan Antarabangsa Pusrawi Sdn. Bhd. dan YBrs. Tuan Abdullah Zuhdee bin Ab. Halim, Ketua Pegawai Eksekutif Yayasan Taqwa Wilayah Persekutuan.
Turut hadir dalam sesi ini adalah YBrs. Encik Azman bin Mahmood, Timbalan Ketua Audit Negara (Kewangan) dan Encik Allias bin Alwi, Timbalan Pengarah Audit Sektor Audit Pengurusan Syarikat Kerajaan.



