- INCOSAI
International Organisation of Supreme Audit Institutions (INTOSAI) yang telah ditubuhkan pada tahun 1953 merupakan organisasi bagi komuniti audit sektor awam. Objektif penubuhan INTOSAI adalah bagi mengalakkan pemindahan pengetahuan dan pengalaman, menambah baik pengauditan Kerajaan dan meningkatkan kapasiti profesional serta keutuhan Institusi Utama Audit seluruh dunia. INTOSAI dianggotai oleh 170 buah negara. Maklumat lanjut mengenai INTOSAI boleh diperolehi di laman web INTOSAI iaitu www.intosai.org.