BIL. | PERNYATAAN |
1. | Mengeluarkan Sijil Ketua Audit Negara berserta Laporan Audit terhadap Penyata Kewangan: (i) dalam tempoh empat (4) hingga enam (6) bulan bagi penyata kewangan tahunan yang diterima selewat-lewatnya bulan Jun tahun berkenaan, atau (ii) dalam tempoh lapan (8) bulan bagi penyata kewangan tahunan yang diterima selepas bulan Jun tahun berkenaan. |
2. | Menyediakan Laporan Ketua Audit Negara yang berkredibiliti bagi memenuhi kehendak stakeholders dengan mencapai sekurang-kurangnya markah indeks sebanyak 78%. |
3. | Memproses dan mengemas kini maklum balas auditi dalam Sistem Auditor General’s Dashboard (AGD) dalam tempoh 14 hari bekerja. |