Majlis Peluncuran Sambutan 120 Tahun Jabatan Audit Negara
![]() |
![]() |
![]() |
![]() |
![]() |
![]() |
![]() |
Majlis Peluncuran Sambutan 120 Tahun Jabatan Audit Negara (JAN) telah disempurnakan oleh YAB Dato’ Seri Anwar bin Ibrahim, Perdana Menteri Malaysia, bertempat di Pusat Konvensyen Antarabangsa Putrajaya (PICC) pada 26 Januari 2026. Majlis ini telah dihadiri oleh seramai 1,883 orang tetamu, melibatkan kehadiran secara fizikal dan dalam talian.
Dengan tema “120 Tahun Menjunjung Amanah: Audit Berkualiti Meningkatkan Akauntabiliti”, sambutan ini menzahirkan komitmen JAN sebagai institusi semak dan imbang negara dalam memastikan pengurusan kewangan awam dilaksanakan secara telus, berintegriti dan berkesan sepanjang 12 dekad penubuhannya.
Majlis turut menyaksikan peluncuran Program Pendigitalan Perkhidmatan JAN (PPJ), merangkumi lapan komponen utama iaitu Sistem eAudit; Papan Pemuka Dalam Talian Ketua Audit Negara (Auditor General Dashboard – AGD); Sistem Pembangunan Modal Insan (SPMI); Sistem e-SelfAudit; Active Directory (AD); Security Posture Assessment (SPA) uInformation Security Management System (ISMS); dan Data Warehouse & Analytics (DA).
JAN menzahirkan ucapan setinggi-tinggi penghargaan dan terima kasih atas kesudian YAB Perdana Menteri untuk hadir ke majlis peluncuran ini. Komitmen tinggi YAB Perdana Menteri mengenai tatakelola dan integriti menjadi contoh kepada warga JAN dalam menjalankan tanggungjawab yang diamanahkan.
Bersempena Sambutan 120 Tahun JAN, pelbagai program akan dianjurkan sepanjang tahun ini termasuk Bacaan Khutbah Jumaat 120 Tahun JAN; Larian 120 Tahun JAN; Pertandingan Debat Parlimen Mahasiswa Piala Ketua Audit Negara dan Persidangan Juruaudit Antarabangsa. Program-program ini bertujuan meningkatkan kesedaran awam mengenai mandat dan peranan JAN.
Turut hadir ke majlis peluncuran ini ialah YB Tan Sri Dato' Dr. Johari bin Abdul, Yang di-Pertua Dewan Rakyat; YB Datuk Fahmi Fadzil, Menteri Komunikasi; YBhg. Tan Sri Shamsul Azri bin Abu Bakar, Ketua Setiausaha Negara serta barisan kepimpinan tertinggi Perkhidmatan Awam Persekutuan dan Negeri.
![]() |
![]() |
![]() |
![]() |
![]() |
![]() |
![]() |













