Lawatan Kerja Ketua Audit Negara ke Sarawak
![]() |
![]() |
![]() |
![]() |
![]() |
![]() |
YBhg. Dato’ Seri Wan Suraya Wan Mohd Radzi, Ketua Audit Negara (KAN) telah mengadakan lawatan kerja rasmi ke Sri Aman, Sarawak pada 20 Disember 2025. Lawatan tersebut merupakan sebahagian daripada program rasmi KAN ke Sarawak yang turut melibatkan kehadiran beliau dalam satu majlis rasmi di Sri Aman yang telah disempurnakan oleh YAB Datuk Patinggi Tan Sri (Dr.) Abang Haji Abdul Rahman Zohari bin Tun Datuk Abang Haji Openg, Premier Sarawak serta dihadiri oleh YB Datuk Amar Haji Mohamad Abu Bakar bin Marzuki, Setiausaha Kerajaan Sarawak.
Lawatan kerja ini juga disertai oleh Encik Azunan bin Daud; Timbalan Ketua Audit Negara (Syarikat); Encik Mohd Fisul bin Ismail, Pengarah Audit Kewangan; dan Encik Saiful Anuar bin Mohd Jaafar, Pengarah Audit Negeri Sarawak.
YBhg. Dato’ Seri KAN juga telah berkesempatan turun padang bagi melihat sendiri status pembinaan keseluruhan KISSA serta meninjau status projek Lebuhraya Pan Borneo Fasa 1 di Sarawak, dalam perjalanan ke Sri Aman.
YBhg. Dato’ Seri KAN seterusnya telah menyampaikan Sijil Penghargaan Kelayakan Profesional kepada empat pegawai JAN Negeri Sarawak dan dua pegawai Unit Audit Dalam Kementerian Pendidikan Malaysia di Sarawak yang diiktiraf sebagai Chartered Accountant oleh Malaysian Institute of Accountants (MIA) dan Certified Practising Accountant oleh Chartered Professional Accountants Australia (CPA Australia).
Terdahulu, YBhg. Dato’ Seri KAN telah membuat kunjungan ke Majlis Ijab dan Qabul anak perempuan kepada Puan Hajah Norapiah binti Haji Buang, Ketua Penolong Pengarah Audit JAN Negeri Sarawak di Kuching, Sarawak pada 19 Disember 2025.





