faqhubungimaklumbalaspeta

logo audit

Sorotan Aktiviti

Knowledge Sharing Workshop on Environmental Management and Protection in Industrial Clusters and Craft Villages

  WhatsApp Image 2024 11 07 at 22.28.06 WhatsApp Image 2024 11 07 at 22.28.06 1

 

YBhg. Datuk Wan Suraya Wan Mohd Radzi, Ketua Audit Negara selaku Pengerusi ASEANSAI Knowledge Sharing Committee (KSC) telah menyampaikan ucapan pembukaan secara rakaman video pada sesi perasmian bengkel antarabangsa yang dianjurkan oleh The State Audit Office of Viet Nam (SAV Viet Nam) pada 4 dan 5 November 2024.

Bengkel tersebut telah dihadiri seramai 37 orang peserta dari Supreme Audit Institutions (SAI) 7 negara ASEAN iaitu Malaysia, Brunei, Kemboja, Lao PDR, Myanmar, Indonesia dan Vietnam secara bersemuka di Hanoi Vietnam.

Dalam ucapan pembukaan beliau, YBhg. Datuk KAN menekankan kepentingan perkongsian ilmu, maklumat, idea dan pengalaman di antara SAI negara-negara ASEAN terutamanya dalam bidang pengauditan alam sekitar (Environmental Audit).

Jabatan Audit Negara juga telah membentangkan kertas berkenaan "National Water Management" yang disampaikan oleh Puan Jamiah binti Amin, Timbalan Pengarah Audit, Bahagian Prestasi III, Sektor Audit Prestasi.

  • Dikemaskini pada: 08 Nov 2024
  • Cetak
  • 50

faqhubungimaklumbalaspeta