Majlis Perjumpaan Ketua Audit Negara Bersama Warga Audit Dalam sempena Persidangan Juruaudit Dalam Sektor Awam Tahun 2024
YBhg. Datuk Ketua Audit Negara telah menghadiri Majlis Perjumpaan Ketua Audit Negara Bersama Warga Audit Dalam sempena Persidangan Juruaudit Dalam Sektor Awam Tahun 2024 pada 4 November 2024 di Melaka.
Bercakap kepada hampir 350 peserta dari 30 Unit Audit Dalam Kementerian/Jabatan Persekutuan dan 13 Unit Audit Dalam Setiausaha Kerajaan Negeri, YBhg. Datuk Ketua Audit Negara menegaskan pengauditan yang berkesan adalah kunci kepada tatakelola cemerlang. Selain itu, beliau juga menyeru agar semua Juruaudit Dalam perlu peka dan menghayati piawaian terkini untuk diserapkan dalam tugasan pengauditan yang dilaksanakan. Turut ditekankan berkaitan pindaan Akta Audit yang memperluaskan skop audit Jabatan Audit Negara (JAN) kepada badan berkanun dan Syarikat berkaitan Kerajaan, sekaligus memperkukuh akauntabiliti sektor awam.
Akhir sekali beliau mengingatkan semua Juruaudit Dalam untuk bertindak secara professional dan memastikan kualiti pengauditan yang dijalankan mencerminkan piawaian dan integriti yang diharapkan oleh JAN.
Turut hadir Pegawai Kewangan Negeri Melaka, YB Datuk Wira Salhah Binti Salleh, Setiusaha Bahagian Kawalan Kewangan Strategik Dan Korporat Kementerian Kewangan Malaysia, YBrs. Puan Nor Azizati Binti Hamzah dan Pengarah Bahagian Susulan Audit JAN, YBrs. Encik Mohd Serjana Bin Ibrahim.