Sesi Taklimat kepada Jawatankuasa Kira-kira Wang Negara (PAC)
![]() |
![]() |
![]() |
YBhg. Datuk Wan Suraya Wan Mohd Radzi, Ketua Audit Negara telah menghadiri Sesi Taklimat kepada Jawatankuasa Kira-kira Wang Negara (PAC) di Bangunan Parlimen pada pagi ini sempena dengan pembentangan Laporan Ketua Audit Negara (LKAN) 2/2024 di Dewan Rakyat pada 4 Julai 2024.
Pengerusi PAC, YB Datuk Wira Mas Ermieyati Samsudin dan ahli-ahli PAC telah diberikan penerangan dan taklimat mengenai LKAN 2/2024 yang dibentangkan serta isu-isu berbangkit dalam laporan tersebut.
Turut hadir dalam sesi tersebut adalah Timbalan Ketua Audit Negara (Prestasi), YBhg. Datuk Nor Salwani Muhammad; Timbalan Ketua Audit Negara (Syarikat), YBrs. Tn. Hj. Roslan Abu Bakar; pegawai-pegawai kanan JAN serta wakil daripada Kementerian Kewangan, SPRM, Jabatan Akauntan Negara dan Jabatan Peguam Negara.