Majlis Libat Urus Belanjawan 2025
![]() |
![]() |
![]() |
YBhg. Datuk Wan Suraya Wan Mohd Radzi, Ketua Audit Negara telah menghadiri Majlis Libat Urus Belanjawan 2025 yang diadakan di Ibu Pejabat Kementerian Kewangan Malaysia, Putrajaya pada 9 Julai 2024 (Selasa). Majlis Libat Urus Belanjawan 2025 ini telah dipengerusikan oleh YAB Dato’ Seri Anwar Ibrahim, Perdana Menteri dan Menteri Kewangan.
Dalam ucapannya, YAB Perdana Menteri memaklumkan bahawa Belanjawan 2025 akan turut tertumpu kepada usaha penambahbaikan tata kelola Kerajaan. Perkara ini termasuk menangani ketirisan perbelanjaan dan membendung gejala rasuah dalam kalangan penjawat awam dan masyarakat.
Majlis tersebut turut dihadiri oleh pelbagai pihak yang berkepentingan mewakili kementerian, persatuan, dewan perniagaan, pakar ekonomi dan ilmuan, Pertubuhan Bukan Kerajaan (NGO) dan pertubuhan antarabangsa.