Kunjungan daripada Suruhanjaya Komunikasi dan Multimedia Malaysia (SKMM)
Jabatan Audit Negara (JAN) telah menerima kunjungan daripada Suruhanjaya Komunikasi dan Multimedia Malaysia (SKMM) yang diketuai oleh Puan Hanita Izam Abd Rahman, Pengarah SKMM, Wilayah Persekutuan (Kuala Lumpur, Putrajaya dan Labuan) pada hari ini di Ibu Pejabat Jabatan Audit Negara, Putrajaya.
Hadir bersama dalam sesi tersebut ialah Encik Mohd Razalan bin Kamal; Timbalan Pengarah Bahagian Teknologi Maklumat dan Komunikasi (BTMK) dan pegawai BTMK.