Sesi Taklimat Bersama Jawatankuasa Kira-kira Wang Negara (PAC)
![]() |
![]() |
![]() |
YBhg. Datuk Ketua Audit Negara telah mempengerusikan Sesi Taklimat Bersama Jawatankuasa Kira-kira Wang Negara (PAC) di Parlimen pada pagi 22 November 2023 sempena dengan pembentangan Laporan Ketua Audit Negara (LKAN) Tahun 2022 di Dewan Rakyat pada hari ini.
Tiga LKAN Peringkat Persekutuan iaitu:
- LKAN Tahun 2022 Mengenai Aktiviti Kementerian/Jabatan Kerajaan Persekutuan Dan Badan-Badan Berkanun Persekutuan;
- LKAN Tahun 2022 Mengenai Pengurusan Syarikat Kerajaan Persekutuan;
- LKAN Tahun 2022 Mengenai Auditan Khas Pengurusan Hutan Dan Impak Kepada Alam Sekitar
Pengerusi dan ahli-ahli PAC telah diberikan penerangan dan taklimat mengenai pengauditan dan isu yang dilaporkan dalam ketiga-tiga LKAN tersebut.
Turut hadir dalam sesi tersebut adalah Timbalan Ketua Audit Negara (Kewangan), YBrs. Pn. Hjh. Patimah Ramuji, Timbalan Ketua Audit Negara (Syarikat), YBrs. Tn. Hj. Roslan Abu Bakar, pegawai-pegawai kanan JAN serta wakil daripada Kementerian Kewangan, Jabatan Akauntan Negara dan Jabatan Peguam Negara.
Sidang Media Bersama PAC dan JAN juga telah diadakan selepas sesi taklimat berkenaan bertempat di Bilik Sidang Media, Parlimen.