faqhubungimaklumbalaspeta

logo audit

16. Adakah surat tawaran kenaikan pangkat secara Time Base Kecemerlangan 13 tahun akan dikeluarkan secara automatik kepada pegawai selepas genap 13 tahun?

Surat tawaran kenaikan pangkat TBK tidak dikeluarkan secara automatik kepada pegawai apabila telah genap 13 tahun perkhidmatan. Pegawai perlu memohon dengan mengisi borang urusan kenaikan pangkat secara TBK untuk dipertimbangkan oleh Lembaga Kenaikan Pangkat sebelum surat tawaran kenaikan pangkat secara TBK dikeluarkan kepada pegawai.

Walaubagaimanapun, permohonan kenaikan pangkat secara TBK 13 tahun tidak perlu menunggu surat tawaran daripada urus setia BPSM. Pegawai yang telah cukup 13 tahun perkhidmatan di gred lantikan/ lapisan pertama gred kenaikan pangkat perlu mengemukakan dokumen berhubung kenaikan pangkat secara TBK sekurang-kurangnya dalam tempoh 1 bulan selepas genap 13 tahun perkhidmatan yang melayakkan tanpa menunggu iklan daripada urus setia BPSM.

  • Dikemaskini pada: 18 Dec 2024
  • Cetak
  • 31

faqhubungimaklumbalaspeta