Assalamualaikum WBT dan Salam Sejahtera,
Tuan/Puan,
URUSAN PENGISIAN PELANTIKAN SECARA PEMINJAMAN BAGI JAWATAN JURUAUDIT GRED W48 SEBAGAI PENGARAH, UNIT AUDIT DALAM DI MAJLIS BANDARAYA JOHOR BAHRU
Dengan hormatnya perkara di atas adalah dirujuk.
2. Sukacita dimaklumkan bahawa Jabatan ini akan mengadakan urusan pengisian pelantikan secara peminjaman bagi jawatan seperti yang dinyatakan di atas.
Nama Jawatan | Lampiran |
1. IKLAN MBJB | Muat Turun |
2. LAMPIRAN A | Muat Turun |
3. LAMPIRAN B - SURAT SETUJU TERIMA | Muat Turun |
4. LAMPIRAN C - BORANG TAPISAN KEUTUHAN | Muat Turun |
3. Dokumen yang telah lengkap diisi hendaklah dikemukakan kepada Jabatan ini selewat-lewatnya pada 12 Mei 2023 (Jumaat) ke alamat:
Timbalan Pengarah
Bahagian Pengurusan Sumber Manusia
Jabatan Audit Negara
Aras 4, Blok F3, Kompleks F
Lebuh Perdana Timur, Presint 1
Pusat Pentadbiran Kerajaan Persekutuan
62000 PUTRAJAYA
(u.p: Puan Aznida binti Abd. Raghni)
4. Sebarang pertanyaan berhubung urusan ini bolehlah diajukan kepada pegawai-pegawai berikut:
- Puan Dhiya Husni binti Husin - 03-8091 1822
- Puan Reka Subramaniam - 03-8091 1827
Sekian, terima kasih.
Seksyen Pengurusan Prestasi
Bahagian Pengurusan Sumber Manusia
Sektor Pengurusan
Jabatan Audit Negara