Khamis,  06 Oktober 2022 | 10 Rabiul Awal 1444H
A- A A+
A A A      

faqhubungimaklumbalaspeta

logo audit

Assalamualaikum WBT. dan Salam Sejahtera,

Tuan/Puan,

URUSAN PENGISIAN PELANTIKAN SECARA PEMINJAMAN BAGI JAWATAN JURUAUDIT GRED W48 SEBAGAI PENGARAH UNIT AUDIT DALAM DI MAJLIS BANDARAYA PETALING JAYA

Dengan hormatnya perkara di atas adalah dirujuk.

2.     Sukacita dimaklumkan bahawa Jabatan ini sedang menguruskan pengisian pelantikan secara peminjaman bagi jawatan seperti berikut:

Nama Jawatan Agensi Peminjaman Bil. Kekosongan Lampiran
1. Iklan Juruaudit Gred W48 Majlis Bandaraya Petaling Jaya 1 Muat Turun

3.     Sehubungan dengan itu, Juruaudit Gred W48 yang berminat dengan urusan pelantikan secara peminjaman ini perlu memenuhi syarat-syarat dan kesesuaian pegawai seperti di Lampiran 1 manakala skop tugas bagi jawatan yang ditawarkan adalah seperti di Lampiran 2.

4.     Pegawai hendaklah melengkapkan maklumat seperti di Lampiran A, Lampiran B dan Lampiran C. Borang permohonan yang lengkap hendaklah dikemukakan melalui Ketua Jabatan beserta dokumen-dokumen sokongan seperti berikut:

    1. Salinan Kenyataan Perkhidmatan yang dikemas kini;
      (bagi pegawai yang bertugas di Jabatan Audit Negara Negeri/ Unit/ Bahagian Aduit Dalam di Kementerian/ Jabatan/ Audit Sekolah)
    2. 1 keping gambar berukuran pasport; dan
    3. Salinan penyata gaji terakhir/ terkini.

5.     Permohonan yang telah lengkap hendaklah dihantar ke Jabatan ini pada atau sebelum Jumaat, 9 September 2022 ke alamat:

Timbalan Pengarah
Bahagian Pengurusan Sumber Manusia
Aras 4, Blok F3, Kompleks F
Lebuh Perdana Timur, Presint 1
Pusat Pentadbiran Kerajaan Persekutuan
62000 PUTRAJAYA
(u.p: Puan Aznida binti Abd. Raghni)

6.     Sebarang pertanyaan berhubung urusan ini boleh diajukan kepada:

    1. Puan Dhiya Husni binti Husin - 03-8091 1822
    2. Puan Reka Subramaniam - 03-8091 1827

 

Sekian, terima kasih.

Bahagian Pengurusan Sumber Manusia
Sektor Pengurusan
Jabatan Audit Negara

  • Dikemaskini pada: 19 Aug 2022
  • Cetak
  • 721