Khamis,  06 Oktober 2022 | 10 Rabiul Awal 1444H
A- A A+
A A A      

faqhubungimaklumbalaspeta

logo audit

Assalamualaikum WBT. dan Salam Sejahtera,

Tuan/Puan,

PERTIMBANGAN KENAIKAN PANGKAT SECARA TIME-BASED BERASASKAN KECEMERLANGAN KALI PERTAMA (TBK1) BAGI PEGAWAI KUMPULAN PELAKSANA (PERKHIDMATAN BUKAN GUNASAMA PERSEKUTUAN) YANG BERADA 13 TAHUN ATAU LEBIH DI GRED LANTIKAN DI JABATAN AUDIT NEGARA

Dengan hormatnya perkara di atas adalah dirujuk.

2.     Sukacita dimaklumkan bahawa Bahagian Pengurusan Sumber Manusia, Sektor Pengurusan, Jabatan Audit Negara sedang melaksanakan urusan pertimbangan kenaikan pangkat secara Time-Based Berasaskan Kecemerlangan Kali Pertama (TBK1).

3.     Sehubungan itu, semua pegawai Kumpulan Pelaksana (Perkhidmatan Bukan Gunasama Persekutuan) yang telah memenuhi tempoh perkhidmatan 13 tahun atau lebih di gred lantikan (TBK1) dalam skim perkhidmatan semasa iaitu tarikh lantikan pada dan sebelum 31 Julai 2009 adalah diminta untuk mengambil tindakan segera seperti berikut:

3.1     Melengkapkan Maklumat Perkhidmatan Pegawai (Lampiran A);

3.2     Melengkapkan Perakuan Ketua Jabatan (Lampiran B);

3.3     Melengkapkan Borang Penilaian (Lampiran A1 (TBK1);

3.4     Melengkapkan Surat Akuan Pinjaman Pendidikan (Lampiran C);

3.5     Melengkapkan Borang Tapisan Keutuhan SPRM (Lampiran D); dan

3.6     Sesalinan Kenyataan Perkhidmatan yang dikemas kini (bagi pegawai yang bertugas di Jabatan Audit;
          Negara Negeri/ Unit/ Bahagian Audit Dalam di Kementerian/ Jabatan/ Audit Sekolah).

Senarai Lampiran
Iklan TBK Muat Turun
Senarai Borang TBK 1
1. Lampiran A - Borang Kenaikan Pangkat Pelaksana TBK1 Muat Turun
2. Lampiran B - TBK1 Muat Turun
3. Lampiran C - Pinjaman Pendidikan P&P & Pelaksana Muat Turun
4. Lampiran A1 - Borang Penilaian TBK1 Muat Turun
5. LAMPIRAN D - BORANG TAPISAN KEUTUHAN SPRM Muat Turun
6. SENARAI SEMAK URUSAN KENAIKAN PANGKAT - PELAKSANA TBK1 Muat Turun

4.     Dokumen yang telah lengkap diisi hendaklah dikemukakan kepada Jabatan ini selewat-lewatnya pada 14 Julai 2022 (Khamis) ke alamat:

Timbalan Pengarah
Bahagian Pengurusan Sumber Manusia
Seksyen Pengurusan Prestasi
Aras 4, Blok F3, Kompleks F
Lebuh Perdana Timur, Presint 1
Pusat Pentadbiran Kerajaan Persekutuan
62000 PUTRAJAYA
(u.p: Puan Aznida binti Abd. Raghni)

5.     Sebarang pertanyaan berhubung urusan ini bolehlah diajukan kepada pegawai-pegawai berikut:

    1. Puan Shaezliana binti Shaein - 03-8091 1821
    2. Puan Norafiza binti Abu Bakar - 03-8091 1823
    3. Puan Siti Noor Suhadah binti Omar - 03-8091 1826

 

Sekian, terima kasih.

Seksyen Pengurusan Prestasi
Bahagian Pengurusan Sumber Manusia
Sektor Pengurusan
Jabatan Audit Negara

  • Dikemaskini pada: 04 Jul 2022
  • Cetak
  • 1159