Persidangan Ketua-Ketua Audit Negara Komanwel
Sejak tahun 1951, Persidangan Ketua-ketua Audit Negara Komanwel atau Commonwealth Auditors General Conference (CAGC) dijalankan setiap tiga tahun sekali untuk membincangkan isu-isu bagi kepentingan profesional serta perkongsian pengalaman. Persidangan ini akan dihadiri Ketua-ketua Institusi Audit Tertinggi dari 53 negara anggota Komanwel. JAN juga merupakan salah satu ahli Jawatankuasa Penasihat Dana Persidangan Ketua Audit Negara Komanwel atau Commonwealth Auditors General Conference Fund Advisory Committee dari tahun 2014 hingga 2021. Pada tahun 1975 dan 2002, JAN telah menjadi tuan rumah bagi Persidangan Ketua-ketua Audit Negara Komanwel ke-13 dan ke-18. Pada persidangan ke-20 yang diadakan di Bermuda pada 5 hingga 9 Julai 2008, Ketua Audit Negara telah menyampaikan kertas kerja bertajuk Pengurusan Prestasi Jabatan Audit Negara Malaysia atau Performance Management of the National Audit Department of Malaysia.