Logo
Saiz Teks

Pilihan Warna Teks
Tukar Warna Teks Kepada Biru Tukar Warna Teks Kepada Merah Tukar Warna Teks Kepada Oren

Pilihan Warna Latar
  Tukar Warna Latar Kepada Biru Tukar Warna Latar Kepada Merah Tukar Warna Latar Kepada Oren

W3C
W3C Tukar Kontras ke Cerah Tukar Kontras ke Asal Tukar Kontras ke Gelap

Pilihan Bahasa

Pengenalan & Logo

Institusi Audit telah wujud di Tanah Melayu sejak pentadbiran British pada awal abad ke 20 bagi memperkukuhkan sistem pentadbiran kewangan Kerajaan. Pada ketika itu ia wujud secara berasingan mengikut negeri iaitu Negeri Melayu Bersekutu dan Negeri Selat. Di setiap Negeri Melayu Bersekutu, Institusi ini dikenali dengan nama Audit Office dan diketuai oleh State Auditor. Ibu pejabat bagi Audit office ini terletak di Kuala Lumpur dan diketuai oleh seorang Chief Auditor.

Institusi Audit Negara yang lebih tersusun dari segi struktur dan bidang tugasnya bermula pada tahun 1906 di mana Ketua Audit Negara untuk Negeri Melayu Bersekutu pertama iaitu W.J.P Hume dilantik. Pada tahun 1932 kedua-dua Institusi digabungkan dan diletakkan di bawah kawalan Director of Colonial Audit yang berpusat di London. Tugas pengauditan dipertanggungjawabkan kepada Auditor of the Straits Settlements and the Federated Malay States yang berpusat di Kuala Lumpur. Menjelang kemerdekaan Tanah Melayu pada tahun 1957, jawatan Director of Audit Malaya ditukar kepada nama Ketua Audit Negara. Pelantikan Ketua Audit Negara serta tanggungjawabnya termaktub di bawah Perkara 105 Perlembagaan Persekutuan dan Akta Audit 1957.

 

logocomfirmkecil

 

Keterangan Logo :

Lambang Persekutuan – Melambangkan punca kuasa dan kebebasan yang diperuntukkan kepada Ketua Audit Negara bagi melaksanakan akaun Kerajaan Persekutuan, Kerajaan Negeri dan Badan Berkanun Persekutuan serta aktiviti Kementerian/Jabatan/Agensi/Syarikat Kerajaan Persekutuan dan Kerajaan Negeri

Dua Tangkai Padi – Melambangkan usaha dan kegigihan warga Audit untuk meningkatkan produktiviti Jabatan secara berterusan serta pelaporan seimbang yang diamalkan oleh Jabatan Audit Negara

Bentuk Bulat – Melambangkan keteguhan dan keutuhan semangat kerja berpasukan di kalangan warga Audit sebagai penyumbang utama ke arah kecemerlangan pengurusan kewangan dan akauntabiliti sektor awam dalam menghadapi era globalisasi

Warna Maroon – Melambangkan imej korporat dan identiti Jabatan Audit Negara

Warna Kuning – Melambangkan kedaulatan Seri Paduka Baginda Yang di-Pertuan Agong sebagai Ketua Negara yang melantik Ketua Audit Negara atas nasihat Perdana Menteri selepas berunding dengan Majlis Raja-raja

Warna Putih – Melambangkan keikhlasan dan ketelusan Jabatan dalam melaksanakan tanggungjawabnya untuk memastikan wujudnya akauntabiliti dan integriti dalam pengurusan kewangan sektor awam