Wednesday,  17 August 2022 | 19 Muharam 1444H
A- A A+
A A A      

faqhubungimaklumbalaspeta

logo audit

Announcements

Assalamualaikum WBT. dan Salam Sejahtera,

Tuan/Puan,

URUSAN PENGISIAN PELANTIKAN SECARA PEMINJAMAN BAGI JAWATAN JURUAUDIT GRED W48 DAN W44 SERTA PENOLONG JURUAUDIT GRED W36 DAN W32 DI PEJABAT SETIAUSAHA KERAJAAN NEGERI PAHANG (SUK PAHANG)

Dengan hormatnya perkara di atas adalah dirujuk.

2.     Sukacita dimaklumkan bahawa Jabatan ini sedang menguruskan pengisian pelantikan secara peminjaman bagi jawatan seperti berikut:

Nama Jawatan Nama Agensi Peminjaman Bil. Kekosongan Lampiran
1. Juruaudit Gred W48 Pejabat Setiausaha Kerajaan Negeri Pahang 1 Iklan SUK Pahang
2. Juruaudit Gred W44 1
3. Penolong Juruaudit Gred W36 1
4. Penolong Juruaudit Gred W32 1

3.     Sehubungan dengan itu, pegawai yang berminat dengan urusan pelantikan secara peminjaman ini perlu memenuhi syarat-syarat dan kesesuaian pegawai dan skop tugas bagi jawatan seperti di Iklan SUK Pahang.

4.     Pegawai hendaklah melengkapkan maklumat seperti di Lampiran A, Lampiran B dan Lampiran C. Borang permohonan yang lengkap hendaklah dikemukakan melalui Ketua Jabatan beserta dokumen-dokumen sokongan seperti berikut:

    1. Salinan Kenyataan Perkhidmatan yang dikemas kini;
      (bagi pegawai yang bertugas di Jabatan Audit Negara Negeri/ Unit/ Bahagian Aduit Dalam di Kementerian/ Jabatan/ Audit Sekolah)
    2. 2 keping gambar berukuran pasport; dan
    3. Salinan penyata gaji terakhir/ terkini.

5.     Permohonan yang telah lengkap hendaklah dihantar ke Jabatan ini pada atau sebelum Jumaat, 3 Jun 2022 ke alamat:

Timbalan Pengarah
Bahagian Pengurusan Sumber Manusia
Aras 4, Blok F3, Kompleks F
Lebuh Perdana Timur, Presint 1
Pusat Pentadbiran Kerajaan Persekutuan
62000 PUTRAJAYA
(u.p: Puan Aznida binti Abd. Raghni)

6.     Sebarang pertanyaan berhubung urusan ini boleh diajukan kepada:

    1. Puan Dhiya Husni binti Husin - 03-8091 1822
    2. Puan Reka Subramaniam - 03-8091 1827

 

Sekian, terima kasih.

Bahagian Pengurusan Sumber Manusia
Sektor Pengurusan
Jabatan Audit Negara

  • Modified on: 25 May 2022
  • Print
  • 814