faqhubungimaklumbalaspeta

logo audit

Publications

Kursus Kemahiran Komunikasi Bahasa Inggeris

473152756 1025163426322370 3639872294116753830 n 473284172 1025163442989035 2930768622895897221 n 473374120 1025163452989034 8894208198868286956 n 473594820 1025163439655702 2552272341405182052 n

 

Akademi Audit Negara (AAN) telah menganjurkan Kursus Kemahiran Komunikasi Bahasa Inggeris dari 7 hingga 9 Januari 2025 di Bilik Kuliah Tanjung AAN. Kursus ini dihadiri oleh 23 peserta daripada pelbagai sektor di ibu pejabat Jabatan Audit Negara (JAN) dan JAN Negeri.

Objektif kursus ini adalah untuk meningkatkan kemahiran dalam penggunaan tatabahasa Bahasa Inggeris, perbendaharaan kata, kemahiran bertutur dan kemahiran untuk membina struktur ayat bagi tujuan penulisan pelbagai teks seperti penulisan minit dan laporan.

Seramai 2 orang penceramah/fasilitator kursus ini iaitu Puan Haliyath Zahiyah binti Kamal Mustaffa dan Puan Nur Shahidah binti Abu Hanifah adalah daripada Pusat Pengajian Komunikasi dan Bahasa (PPKB), Institut Tadbiran Awam Negara (INTAN).

  • Modified on: 09 Jan 2025
  • Print
  • 156